GAZA CITY – Kes pertama polio telah dikesan di Gaza selepas wilayah Palestn itu bebas daripada penyakit tersebut sejak 25 tahun lalu.
Kementerian Kesihatan Palestin dalam kenyataan berkata, kes tersebut dikesan pada bayi berusia 10 bulan di bandar Deir el-Balah yang tidak menerima sebarang dos vaksinasi polio.
Menurutnya, kemunculan semula virus itu berlaku selepas pusat kesihatan di Gaza dimusnahkan secara besar-besaran oleh Israel sejak 10 bulan lalu.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) sebelum ini menggesa agar Israel menghentikan serangan supaya suntikan vaksinasi polio dapat diberikan kerana penyakit itu berkemungkinan merebak dalam kalangan pelarian yang berpindah.
Pertubuhan tersebut sedang menyediakan 1.6 juta dos vaksin polio untuk kanak-kanak di Gaza ketika penyakit itu merebak ke seluruh Semenanjung yang musnah.
Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres berkata, jika gencatan senjata tidak digubal, maka “jeda polio” amat diperlukan untuk kempen vaksinasi dijalankan dengan segera.-Agensi