Istana Pahang membuat satu laporan polis terhadap bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dikatakan menyentuh isu 3R agama, raja dan kaum ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di Kelantan.
Setiausaha Sulit Tengku Mahkota Pahang, Amir Syaffiq Hamzah berkata, ia dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan pukul 10.00 malam tadi.