Dang Tien Lam dikendong oleh penduduk kampung yang menemuinya. Foto media sosial

HO CHI MINH- Seorang budak lelaki berusia enam tahun yang hilang selama lima hari telah ditemui jauh di dalam hutan di Vietnam.

Dang Tien Lam, yang tinggal di wilayah barat laut Yen Bai, sedang bermain di sungai bersama sembilan adik-beradiknya pada 17 Ogos apabila dia merayau-rayau ke dalam bukit dan tersesat, menurut media tempatan.

Dia ditemui pada hari Rabu oleh petani tempatan yang mendengar tangisan kanak-kanak ketika mereka sedang membersihkan ladang kayu manis berhampiran hutan.

Lam, yang ditemui duduk dalam semak ubi kayu kira-kira 6 kilometer dari tempat dia hilang.

Keadaannya sangat lemah sehingga tidak dapat berdiri.

“Saya sangat letih, saya tidak boleh berdiri, tolong angkat saya,” kata Lam, menurut petani berusia 52 tahun Ly Van Nang.

Lam terselamat kerana memakan daun dan buah-buahan liar dan minum air sungai.

Gambar dalam talian menunjukkan penduduk tempatan merawatnya dan menawarkan kek selepas dia dibawa keluar dari hutan.

Dia ditemui memakai kemeja-T merah dan seluar pendek yang
kotor.

“Kanak-kanak ini memberitahu saya bahawa apabila dia tersesat, dia tidak dapat mencari jalan pulang.

“Kata dia semakin dia berjalan, semakin dia tidak dapat mencari jalan keluar.”,” kata Nang, menurut laman berita tempatan Dan Tri.

Polis berkata ia adalah “keajaiban” Lam ditemui masih hidup.

“Tahniah kerana selamat kembali ke pangkuan keluarga anda,” tulis pegawai dalam catatan Facebook.

Berita itu mencetuskan kelegaan di media sosial, dengan ramai yang mengucapkan tahniah kepada keluarga Lam dan berterima kasih kepada pasukan pencari atas usaha mereka.

Pihak berkuasa tempatan telah menggerakkan lebih 150 orang termasuk pegawai polis, tentera dan sukarelawan tempatan untuk mencari budak lelaki itu. – Agensi