Antara pelajar KKHL dan kakitangan MPKj yang hadir pada Program Explorace Pendidikan Alam Sekitar yang diadakan semalam. Gambar: Ihsan KKHL

KUALA LUMPUR – Seramai 78 pelajar Kolej Komuniti Hulu Langat (KKHL) menyertai Program Explorace Pendidikan Alam Sekitar, semalam sebagai usaha mendidik mereka untuk terlibat secara aktif dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

Unit Pengurusan Maklumat danm Korporat KKHL menerusi kenyataan memaklumkan, ia adalah selaras dengan dasar kerajaan Selangor dalam melaksanakan program-program bersifat penjagaan alam sekitar dan kepenggunaan.

Katanya, program anjuran Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dengan kerjasama KKHL mampu memupuk semangat cinta alam sekitar dalam kalangan pelajar kolej berkenaan di samping membina semangat berpasukan, menguji kesabaran dan kekuatan mental serta fizikal.

“Bagi memeriahkan Program Explorace Pendidikan Alam Sekitar MPKj Bersama KKHL, pertandingan menjahit beg mesra alam sekitar juga diadakan sempena program ini.

“Dipercayai melalui pertandingan ini dapat memberi pendedahan kepada para peserta terhadap kepentingan penjagaan alam sekitar dan terus komited dalam memulihara dan memelihara alam sekitar,” katanya.

Tambah kenyataan itu, terdapat sembilan  check point bagi aktiviti tersebut di mana ia bermula dari KKHL dan tamat di Medan Belia MPKj, Stadium Kajang.

Dalam pada itu katanya, program berknaan diharap menjadi titik tolak dalam usaha menyemai sifat menghargai ekosistem dan nilai cinta akan alam sekitar dalam kalangan masyarakat khususnya warga KKHL. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast