LONDON – Penyerang sensasi Brentford, Ivan Toney akhirnya meninggalkan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila menerima tawaran dari kelab Liga Arab Saudi, Al-Ahli.
The Bees membuat keputusan untuk menerima tawaran sebanyak £40 juta (RM226.8 juta) walaupun pemain kebangsaan England itu dilaporkan diburu oleh Chelsea dan Manchester United.
Namun tidak ada sebarang nilai ditawarkan kepada Brentford hingga jendela perpindahan berakhir semalam
Toney sebelum ini mendapat kepercayaan Gareth Southgate apabila menyenaraikan namanya dalam skuad Euro 2024 hingga membolehkan The Three Lions muncul naib juara.
Namun selepas menjaringkan 20 gol sepanjang saingan 2022/23, penyerang itu digantung lapan bulan ekoran melanggar peraturan pertaruhan.
Bagaimanapun pemain berusia 28 tahun itu kekal pada sentuhan terbaik apabila merekodkan empat gol pada lima aksi terakhir musim lalu.
Bagaimanapun pengurus England ketika ini, Lee Carsley tidak menyenaraikan Toney dalam skuad England yang akan bermain di Liga Negara-Negara Eropah. – Agensi