VLADIVOSTOK – Potensi hubungan antara Rusia dan Malaysia belum dimanfaatkan sepenuhnya dan usaha lebih lanjut diperlukan untuk merealisasikannya, menurut jurucakap Kremlin Dmitry Peskov, lapor Sputnik.
“Rundingan Rusia-Malaysia bersama Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan berlangsung hari ini. Malaysia adalah rakan perdagangan dan ekonomi yang cukup penting bagi kami.
“Potensi hubungan dua hala sukar untuk dinilai terlalu tinggi, dan jelas ia masih jauh daripada dimanfaatkan sepenuhnya. Masih banyak yang perlu dilakukan,” kata Peskov kepada pemberita di luar Forum Ekonomi Timur (EEF).
EEF bermula pada Selasa dan akan berlangsung hingga Jumaat.
Forum itu dihoskan oleh Universiti Persekutuan Timur Jauh di Vladivostok.
Sputnik ialah rakan media rasmi forum itu. – Bernama-Sputnik