MUKAH – Lelaki warga emas yang hilang selepas terjatuh ke sungai dalam insiden perlanggaran dua perahu panjang di Batang Oya, Dalat pada Isnin lepas ditemukan lemas tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Dalat, DSP Saga Chunggat berkata, mayat Dos Katiek, 81, ditemukan terapung oleh penduduk kampung dan akan dibawa ke Hospital Mukah untuk tindakan selanjutnya.
“Pengecaman mayat Dos oleh keluarganya akan dilakukan apabila mayat sampai di Hospital Mukah,” katanya kepada Bernama hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 7.20 pagi itu, Dos dilaporkan terjatuh ke dalam sungai setelah perahu panjang yang dikendalikannya berlanggar dengan sebuah perahu panjang lain yang dikemudi seorang guru di lokasi antara Kampung Sua dan Kampung Klid di kawasan itu. – Bernama