Seekor gajah jantan mati dilanggar sebuah treler ketika melintas di Jalan Sri Timur, Kampung Gajah di Kluang malam tadi

KLUANG – Seekor gajah jantan mati dilanggar sebuah treler ketika melintas di Jalan Sri Timur, Kampung Gajah di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian tersebut berlaku pada pukul 10.45 malam.

“Hasil siasatan awal mendapati treler jenis Volvo itu datang dari arah Mersing menghala ke Kahang Timur.

“Sampai di tempat kejadian, treler berkenaan telah melanggar seekor gajah jantan yang sedang melintas jalan secara tiba-tiba dari arah kiri ke kanan jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, akibat kemalangan berkenaan gajah tersebut mati di tempat kejadian disebabkan kecederaan yang dialami.

Menurutnya, pemandu treler berkenaan, Azman Jumari, 53, yang beralamat di Mersing tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pihaknya kata Bahrin, sudah menghubungi pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di sini untuk menguruskan bangkai gajah tersebut.

Tambahnya, kes disiasat bawah kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast