KUALA LUMPUR – Pusat Kajian Ajaran Sesat (Pukas) Malaysia mendakwa pusat utama GISBH di Bandar Country Homes agak sepi hari ini berbanding kelmarin.
Dakwanya, semalam dalam kalangan mereka telah keluar berpindah ke suatu tempat yang tidak dapat dikenal pasti.
“Jika mereka di pihak yang benar, mengapa harus melarikan diri?,” soal Pukas.
Pukas mendakwa, beberapa Rumah Amal mereka juga telah dikosongkan sejak kelmarin lagi.
“Harap pihak PDRM boleh siasat ke mana mereka membawa lari ahli dan mangsa perhambaan GISBH ini. Orang ramai diminta tampil membantu pihak polis untuk menyalurkan maklumat,” ujarnya.
Artikel berkaitan: Menteri enggan komen isu dakwaan seleweng, ada libat urus dengan GISB
Jakim beri kerjasama penuh siasatan syarikat GISB
GISBH angkat pameran Rasullullah jadi pengisian utama IITTE
DSara Fried Chicken hentikan segera penjualan air berkarbonat keluaran GISBH
Isu GISBH: Mangsa dakwa diliwat dan diajar meliwat – KPN
GISB nafi tuduhan eksploitasi kanak-kanak sebagai pekerja
Hari ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan mMangsa penganiayaan, amang seksual dan juga perbuatan cabul dikaitkan dengan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) dipercayai diajar untuk meliwat sebelum mereka diliwat.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, modus operandi itu dikenal pasti berdasarkan risikan dan kenyataan pihak berkaitan dalam Op Global yang dianggotai melibatkan 705 pegawai dangan anggotanya.
Bagaimanapun, GISB menafikan tuduhan berhubung isu tular mengaitkan syarikat terbabit berkenaan mengeksploitasi kanak-kanak sebagai pekerja.
Dalam kenyataan, pihaknya menegaskan sama sekali tidak akan berkompromi dengan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang khususya melibatkan kanak-kanak.
“Isu tersebut merupakan satu prasangka, fitnah dan berniat jahat untuk mewujudkan persepsi negatif terhadap GISB Holdings Sdn Bhd.
“Pendirian kami amat jelas untuk sentiasa mematuhi undang-undang dan mendukung aspirasi kerajaan dalam membangunkan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.
GISBH baru-baru ini menjadi perhatian selepas timbulnya tuduhan jenayah dan ajaran sesat yang dikaitkan dengan operasi mereka. – MalaysiaGazette