Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Berdasarkan analisis model-model cuaca, penumpuan angin yang berlaku di utara Semenanjung dan barat Sabah dijangka berterusan sehingga 21 September 2024.

Keadaan ini berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh yang lebih panjang di kawasan tersebut serta angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan dan Selat Melaka Utara.

Sehubungan itu, Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) bagi Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak yang berkuatkuasa sehingga 19 September 2024 dan juga telah mengemaskini Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora bagi Laut China Selatan dan Selat Melaka Utara berkuatkuasa sehingga 21 September 2024.

Sementara itu, di negeri-negeri lain, cuaca ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang masih berpotensi berlaku sepanjang minggu ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast