Nashriq Ismail Sabri.

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO Bahagian Bera meminta Teresa Kok menarik balik saman terhadap Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO  itu.

Nashriq Ismail Sabri menegaskan, Ahli Parlimen Seputeh itu tidak perlu mengeruhkan lagi keadaan kerana ia usaha yang tidak berbaloi untuk diteruskan ke atas Muhammad Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau.

“Turunkan ego anda YB, Ini bukan soal menang atau kalah dalam pertarungan ini. Ini tentang menunjukkan keamanan dan keharmonian, ini tentang memahami satu sama lain, ini untuk kebaikan yang lebih besar.

“Tetapi sekiranya masih berkeras, kami dibelakang KPUM! Demi Agama kami! No Fear! No Surrender!” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mengulas Nashriq menegaskan, Pemuda UMNO Bahagian Bera menyokong penuh tindakan Akmal dalam mempertahankan maruah agama islam berkenan isu sijil halal yang telah dibangkitkan oleh Teresa.

Menurut beliau, sebagai seorang pemimpin yang berpengalaman seperti Teresa sepatutnya sudah tahu untuk menghormati sensiviti kaum dan agama lain di dalam negara ini.

“Sebagai seseorang yang menganut agama lain dengan perfahaman yang berbeza dan tidak sepatutnya campur tangan dalam hal agama individu lain.

“Mana-mana bangsa pun sekiranya ada bangsa lain campur tangan dalam agama mereka dengan mempersoalkan ajaran mereka, pasti akan membawa ketegangan antara satu sama lain.

“Selama ini isu sijil halal ini tidak pernah pun menjadi masalah. Jadi jangan kerana kini dah berkuasa dah semakin berani untuk membuat kenyataan tanpa mengira sensitiviti rakyat lain,” katanya.

Sebelum ini, Teresa menuntut ganti rugi RM25 juta daripada Muhamad Akmal selepas mendakwa Ketua Pemuda UMNO itu memutar belit kenyataannya mengenai isu pensijilan halal.

Surat tuntutan (LOD) kepada Muhamad Akmal dihantar Teresa menerusi firma Sankara Nair and Partners.

Selain tuntutan ganti rugi RM25 juta, Teresa turut menuntut segala kos dan perbelanjaan yang disebabkan isu ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast