Gambar hiasan

BEIJING- China akan memastikan pelajar sekolah rendah dan menengah rendah terlibat dalam sekurang-kurangnya dua jam aktiviti fizikal setiap hari, kata seorang pegawai pendidikan pada Khamis, lapor Xinhua.

Setiap hari, pelajar akan menghadiri satu kelas sukan dan melakukan satu jam latihan fizikal selepas kelas, kata Wang Jiayi, Naib Menteri Pendidikan, pada satu sidang media.

Langkah ini bertujuan menyelesaikan masalah biasa seperti masalah penglihatan dan berat badan dalam kalangan pelajar dengan memastikan mereka mendapat pendedahan yang mencukupi kepada cahaya matahari, katanya.

Di Beijing, waktu rehat 10 minit antara kelas untuk pendidikan wajib telah dilanjutkan kepada 15 minit bermula semester musim luruh ini.

Pihak berkuasa pendidikan perbandaran berkata keputusan ini bertujuan menyediakan masa rehat yang mencukupi untuk guru dan pelajar antara kelas, sambil menggalakkan pelajar meluangkan masa di luar bagi meningkatkan kesejahteraan fizikal dan mental mereka. – BERNAMA-XINHUA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast