Yahaya Othman

KUANTAN – Polis menahan 323 individu yang terbabit dengan 265 pelbagai kesalahan berkaitan dadah dalam Op Hawk siri 9 dalam tempoh tiga hari, sejak 7 Oktober lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, daripada jumlah itu seramai 307 orang lelaki dan 16 wanita ditahan dalam operasi berkenaan.

”Kesemua yang ditahan ditahan berumur lingkungan 18 hingga 66 tahun dalam 140 serbuan yang dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pahang.

”Seramai 43 orang ditangkap di bawah kesalahan pengedaran dadah, 83 memiliki dan 97 orang bagi kesalahan urin.

”Melalui operasi ini juga, seramai 20 tangkapan adalah berpotensi untuk dituduh di bawah seksyen 39c Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Yahaya berkata, operasi yang dilaksanakan bertumpu di kawasan sarang penagihan dadah dan lokasi hot spot yang menjalankan aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah di seluruh negeri ini.

Menurutnya, rampasan dadah dan sitaan harta membabitkan sebuah kereta dan sebuah motosikal dengan nilai sitaan harta berjumlah RM14,000 selain membuat rampasan dadah bernilai RM691,708 dalam operasi kali ini.

”Polis berjaya merampas jenis dadah jenis syabu seberat1 2,344.52 gm. kokain (1301.09 gm), heroin (108.97 gm), ganja (124.84 gm), pil yaba (23.88 gm) daun ketum (5.0 kg), air ketum sebanyak 103.65 liter serta 195 biji erimin 5 dengan berat 1.01 gm,” tambahnya.

Yahaya berkata, operasi seumpama ini akan terus dilaksanakan untuk membasmi permasalahan dadah di negeri ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast