KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menyifatkan Perikatan Nasional (PN) sebagai ‘lemah’ kerana tidak mempunyai belanjawan alternatif.
Beliau yang Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau berkata, ini kerana rakyat juga mahu menilai alternatif bajet yang boleh diberikan oleh pembangkang agar mereka boleh menilai dengan sendiri mana yang lebih baik atau tidak.
“Memang benar tanggungjawab menyediakan bajet adalah tanggungjawab kerajaan. Tetapi rakyat juga nak menilai alternatif bajet yang boleh diberikan oleh pembangkang, supaya rakyat boleh menilai dengan sendiri mana yang lebih baik atau tidak.
Sebelum ini, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mereka yang ingin melihat belanjawan PN perlu menunggu mereka untuk membentuk kerajaan
Beliau berkata, menyediakan belanjawan adalah tugas kerajaan sementara belanjawan bayangan bukanlah tanggungjawab pembangkang.

















kadang bungol juga tak perlu tunjuk. nampak sangat
macamana nak kemuka BELANJAWAN ALTERNATIF tu jika KERAJAAN MUNAFIK MADANI masih berdolak dalik untuk MEMBERI peruntukan MP PEMBANGKANG yang dipilih rakyat
jangan tuding jari TELUNJUK…yang jari2 lain BALIK PADA BATANG TUBUH SENDIRI
Mcm la belanjawan 2024 dan 2025 ni menteri UmNo yg buat. Kau punya geng pun takda belanjawan..sembang spesis kadok naik junjung