Program Satu Pemimpin Kampung Santuni Madani bertempat di Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka. Majlis Peluncuran program ini disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab. Rauf Yusoh.

KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di bawah potfolio Hal Ehwal Agama Jabatan Perdana Menteri melancarkan Program Satu Pemimpin Kampung Santuni Madani bertempat di Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka.

Program Satu Pemimpin Satu Kampung Santuni Madani Kampung Balik Batu ini menyahut seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar tiada kampung yang tercicir dalam mendapat limpahan pembangunan dan kemakmuran ekonomi negara.

Pemilihan Kampung Balik Batu ini adalah sinonim dengan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP , Datuk Mohd Nizam Yahya yang merupakan kampung tempat kelahiran beliau.

Fokus keutamaan yang akan diambil perhatian oleh MAIWP ialah isu-isu berkaitan kemiskinan, kesihatan dan pendidikan penduduk kampung

MAIWP telah menyerahkan bantuan sumbangan berbentuk kewangan berjumlah RM101,000 meliputi bantuan kepada masjid, surau, sekolah, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung, pelajar sekolah dan juga asnaf.

Program selama sehari ini telah diisi dengan pelbagai program bermula seawal pagi dengan pelbagai acara antaranya sukan rakyat, gotong royong dan ceramah agama dengan penglibatan MAIWP dan penduduk kampung Balik Batu.

MAIWP turut mengerakkan agensi dan institusi dibawahnya, selain rakan-rakan strategik yang akan memberikan pelbagai perkhidmatan sepanjang program ini diadakan.

Majlis peluncuran disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh. Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (HEA) Datuk Dr. Haji Mohd Na’im Mokhtar, Pengerusi MAIWP dan Kamarulzaman Syed Kabeer. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast