Tarmizi Yahya (dua dari kanan) melihat bumbung rumah seorang penduduk di Felda Panching Utara yang terbang ditiup angin semalam.

KUANTAN –  Seorang warga wanita warga emas bernasib baik apabila kuali besar yang tergantung di dinding rumahnya terbang tinggi tidak menimpanya dalam kejadian hujan lebat berserta ribut kencang yang berlaku di di Felda Panching Utara, semalam.

Wan Zalilah Wan Andak, 65, bersyukur dia terselamat dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 3 petang.

Menceritakan detik tersebut, Wan Zalilah berkata, ketika kejadian hanya dia dan suami berada di rumah.

Wan Zalilah Wan Andak

”Ketika itu makcik berada di dapur dan sedang tadah air sebab nak buat air, nasiblah kuali terbang tidak terkena kepala makcik.

”Selepas kejadian anak-anak terus balik dan bantu membaiki bumbung yang rosak dan ganti atap yang hilang pada malam semalam,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Katanya, dia menggunakan wang simpanan untuk membaiki atap yang rosak kerana khuatir hujan lebat akan memasuki ruang dapur, sekali gus mengakibatkan air memasuki dalam rumah.

Muhammad Yusuf Abu Sudin

Seorang lagi mangsa, Muhammad Yusuf Abu Sudin turut menzahirkan rasa syukur kerana anaknya selamat selepas pokok tumbang betul-betul di ruang tamu ketika kejadian ribut.

Katanya, ketika hujan lebat, diikuti angin kencang, anak sulung sedang menonton televisyen semasa hujan lebat turun, kemudian diikuti angin kuat sebelum hujan turun semula di kawasan rumahnya.

”Waktu pokok tumbang anak saya, Amir Rahman di ruang tamu, yang kecil ada di bilik, isteri pula tengah masak.

“Pokok tumbang itu menyebabkan atap terjatuh, takut anak ditimpa atap saya selamatkan dan bawa keluar semua ahli keluarga.

Muhammad Yusuf  yang bekerja sebagai mekanik menganggrkan alami kerugian  lebih RM4,000 untuk mengganti atap dan kos pendawaian.

Norsalizai Mohamad

Bagi suri rumah, Norsalizai Mohamad,35, berkata, dia bergegas membawa anak-anak keluar dari rumah selepas terdengar bunyi dentuman.

”Dengan angin yang kuat  sangat pada jam3.30 petang semalam itu menerbangkan atap di beberapa kawasan dalam rumah.

”Kali pertama terjadi macam ini, memang terkejut sebab hanya bersama anak-anak ketika kejadian,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panching, Tarmizi Yahya berkata, pihaknya segera turun padang membantu penduduk kampung yang terjejas.

Tarmizi Yahya

”Pejabat DUN Panching menghulurkan sedikit bantuan dan memotong pokok yang tumbang bagi meringankan beban mangsa.

”Kita harap mangsa semua bersabar dengan ujian Allah ini dan minta semua berhati-hati sebab kalau tengok ramalan cuaca ribut sehingga Selasa di kawasan Pantai Timur ini,” katanya.

Dalam kejadan petang semalam, seramai 32 buah rumah dan mangsa terkesan akibat hujan lebat disusuli ribut kuat melanda di kawasan dalam kejadian petang semalam.

Daripada jumlah itu, 15 buah rumah mengalami kerosakan teruk. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast