Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

KUALA LUMPUR – Beberapa agensi di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan dibekukan cuti serta-merta susulan bencana banjir di beberapa negeri ketika ini.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, ini kerana kementerian itu merupakan antara barisan hadapan yang turut terlibat dalam agensi bencana tersebut.

“Sebagai menteri yangg bertanggungjawab, saya mengumumkan bahawa cuti semua anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dibekukan segera.

“Turut terlibat Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) serta Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN),” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Media KPKT, di sini, hari ini.

Tambah beliau, difahamkan ketika ini SWCorp bersama JPSPN sedang bersiap siaga untuk digerakkan dalam masa terdekat bagi memberi bantuan di kawasan yang terjejas banjir.

Terdahulu, Perdana Menteri mengumumkan cuti semua anggota Jemaah Menteri dibekukan susulan bencana banjir yang melanda negara.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, semua menteri dan timbalan menteri juga diarahkan turun padang ke kawasan bencana. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast