Amir Hamzah (tengah) beramah mesra dengan pempamer dalam Program Perasmian Karnival My Pesara KWAP 2024 di Padang Akasia Angsana JB, Johor Bahru, hari ini.

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggalakkan semua pihak untuk bersama-sama membangunkan ekonomi perak atau silver economy.

Jelas beliau, pembangunan itu merujuk kepada potensi ekonomi yang ditawarkan oleh golongan warga emas ataupun pesara dalam usaha memperkasakan golongan tersebut.

“Kita perlu memanfaatkan potensi golongan pesara yang bukan sahaja memiliki pengalaman yang luas dan kebijaksanaan yang luhur tetapi juga mempunyai peranan penting dalam memperkasakan pembangunan masyarakat dan pertumbuhan ekonomi negara.

“Dengan kepimpinan yang teguh, kita boleh memastikan golongan ini terus berdaya saing dan berdaya maju dalam meniti era baru ini

“Salah satu caranya adalah dengan memastikan inisiatif yang berorientasikan kepada kesejahteraan sosial dan pembangunan mampan bagi golongan ini terus dilaksanakan, seiring dengan prinsip keadilan sosial yang kita perjuangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dalam Program Perasmian Karnival My Pesara KWAP 2024 di Padang Akasia Angsana JB di sini hari ini.

Katanya, jumlah warga emas dijangka meningkat menjelang tahun 2030 dan itu merupakan fenomena sosial yang akan merubah ekonomi negara.

“Negara kita akan menghampiri status negara menua. Perubahan demografi ini membawa cabaran besar kepada negara kita.

“Namun begitu, cabaran ini memberi kita kesempatan untuk merangka strategi tatakelola yang lebih efektif dan mampan demi masa depan yang lebih baik,” ujarnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here