Seorang pekerja kilang direman empat hari di Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini yang disyaki meliwat budak lelaki.

JOHOR BAHRU – Seorang pekerja kilang yang dipercayai meliwat seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, Oktober lalu direman empat hari.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret R Salini selepas membenarkan permohonan pegawai penyiasat dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan.

Tempoh reman yang berkuat kuasa hari ini sehingga Rabu ini membolehkan siasatan lanjut dibuat ke atas suspek yang berusia 23 tahun mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Suspek berpakaian lokap polis berwarna ungu dengan tangan digari dibawa ke mahkamah hari ini untuk mendapatkan perintah reman itu selepas ditahan polis semalam.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat dilaporkan berkata, suspek warga tempatan itu ditahan di kawasan Taman Perindustrian Tampoi Jaya di sini, pukul 3.20 petang semalam.

Siasatan awal mendapati suspek adalah anak kepada pengasuh mangsa yang telah dijaga sejak dua tahun lalu dan mangsa diliwat sebanyak dua kali sekitar Oktober lalu.

Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek negatif dadah.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast