Foto Ihsan PGA

KUALA LUMPUR – Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menahan dua lelaki tempatan selepas disyaki memiliki senjata dan dadah di Kampung Degong, Rantau Panjang, Kelantan.

PGA dalam kenyataan berkata, kedua-dua supek yang berumur 19 dan 34 tahun turut didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Hasil pemeriksaan menjumpai 1 laras senjata jenis Rifle/Carbine, 1 laras senjata jenis Pump Gun, 124 butir peluru hidup, 76 gram dadah jenis ganja, 27 biji pil Yaba dan 6.2 gram dadah jenis syabu.

“Dua unit telefon bimbit disyaki milik suspek turut dirampas dalam serbuan itu,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, suspek telah dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Pasir Mas untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 dan Sek 39A, Sek 12(2) serta 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” jelasnya – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast