Polis Sabah sedang berusaha untuk mendapatkan bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman bagi merekodkan kenyataannya dengan segera berhubung siasatan laporan polis Tuan Yang Terutama (TYT) Sabah Tun Juhar Mahiruddin terhadap Musa yang dibuat pada minggu lalu.
Musa Aman

KOTA KINABALU – Tun Musa Aman melafazkan sumpah jawatan Yang Dipertua Negeri Sabah ke-11 dalam istiadat di Istana Seri Kinabalu, di sini hari ini.

Musa yang diiringi isteri Toh Puan Faridah Tussin sebelum itu tiba di Dewan Istiadat pada jam 10.11 pagi, sebelum melafazkan sumpah jawatan itu kira-kira pukul 10.22 pagi.

Beliau kemudiannya menandatangani surat sumpah jawatan Yang Dipertua Negeri Sabah disaksikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abdul Rahman Sebli, sebelum Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyampaikan ucapan tahniah dan melafaz ikrar taat setia.

Mufti Kerajaan Negeri Sabah Datuk Bungsu Jaafar kemudian membacakan doa memohon kesejahteraan negeri di bawah naungan Musa, sebelum Yang Dipertua Negeri Sabah itu meninggalkan istiadat pada jam 10.43 pagi.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, Datuk Dr Joachim Gunsalam dan Datuk Shahelmey Yahya, serta Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Kadzim M Yahya dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Seri Safar Untong.

Pada 17 Dis, Musa menerima watikah pelantikan sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara, Kuala Lumpur bagi tempoh empat tahun bermula 1 Jan 2025 hingga 31 Dis 2028.

Pelantikan Musa adalah bagi menggantikan Tun Juhar Mahiruddin yang menamatkan tempoh perkhidmatan pada 31 Dis, selepas menyandang jawatan itu selama empat penggal bermula 1 Jan 2011.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast