Gambar hiasan Foto AFP

TOKYO – Kerajaan Jepun memulakan satu program subsidi petrol baharu pada hari Khamis bagi mengurangkan harga bahan api dan menangani kenaikan kos sara hidup isi rumah, lapor Xinhua yang memetik media tempatan.

Skim yang diperbaharui ini bertujuan untuk mengurangkan harga petrol sebanyak 10 yen (kira-kira AS$0.07) seliter menjelang pertengahan Jun, menurut Kyodo News.

Di bawah dasar subsidi bahan api sebelum ini yang diperkenalkan pada Januari 2022, kerajaan telah memberikan subsidi kepada pemborong minyak bagi mengekalkan harga petrol biasa sekitar 185 yen seliter.

Kerajaan merancang untuk melaraskan jumlah subsidi kepada maksimum 5 yen seliter untuk minggu pertama dengan sasaran mengurangkan harga borong petrol sebanyak 7.40 yen seliter. Ia kemudian berhasrat untuk menurunkan harga sekurang-kurangnya 1 yen setiap minggu sehingga ia berkurang sebanyak 10 yen menjelang pertengahan Jun, menurut laporan itu.

Tiada tarikh tamat ditetapkan untuk program baharu ini, tetapi dengan peruntukan sekitar 1 trilion yen untuk subsidi ini, ia dijangka boleh bertahan sehingga akhir Mac 2026, tambah laporan tersebut.

–BERNAMA-XINHUA

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast