Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Permohonan bagi pembiayaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi pelajar yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan dan pergigian di Universiti Al-Azhar, Mesir kini dibuka.

Makluman itu dikongsikan Pengerusi MARA, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang memberitahu, pelajar yang berminat boleh berbuat demikian secepat mungkin bagi memastikan peluang melanjutkan pengajian ke luar negara dapat direalisasikan.

“Bagi tujuan permohonan melanjutkan pengajian ke negara Timur Tengah (Mesir), pemohon perlu terlebih dahulu membuat permohonan secara atas talian di portal Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT) menerusi sistem e-Timur Tengah selewatnya-lewatnya pada 31 Mei 2025 (Sabtu), jam 5.00 petang,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau, hari ini.

Dr. Asyraf berkata, pemohon dikehendaki mendaftar melalui portal Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT) di pautan https://dohe.mohe.gov.my/timurtengah.

Bagi tujuan permohonan melanjutkan pengajian ke negara Timur Tengah khususnya Mesir, pemohon perlu membuat permohonan atas talian melalui sistem e-Timur Tengah yang disediakan oleh KPT.

Maklumat lanjut mengenai permohonan tersebut boleh didapati melalui pautan berikut: https://online.anyflip.com/shdgj/kwse/mobile/index.html. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast