Bot nelayan ditahan Maritim Pahang bersama 21 kru warganegara asing di sekitar Pulau Tioman Khamis lepas. Gambar : APMM Pahang

KUANTAN – Sebuah bot nelayan tempatan Kelas C2 ditahan bersama 21 kru warga asing di lokasi kira-kira 7.5 batu nautika barat laut Pulau Tioman, Rompin.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Mazlan Mat Rejab berkata, bot itu dikesan dalam keadaan mencurigakan oleh kapal peronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan Op Makmur dan Op Tiris pada jam 9.20 pagi.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat 21 kru berada di atas bot terbabit, terdiri daripada dua warga Thailand termasuk tekong, 12 (Kemboja) dan tujuh (Laos).

“Kesemua kru berusia antara 20 hingga 57 tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Maritim menahan 12 kru  asing dalam Op Makmur dan Op Tiris di Rompin.

 

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut turut mendapati bot itu disyaki melanggar syarat sah lesen kerana menggajikan pekerja asing tanpa permit kerja yang sah daripada Pengarah Perikanan Malaysia dan kesemua kru didapati memiliki dokumen pengenalan diri yang meragukan.

 Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.

Pihak Maritim turut merampas peralatan menangkap ikan, dokumen berkaitan dan hasil laut dianggarkan seberat tujuh tan metrik.

Bot bersama semua rampasan seterusnya dibawa ke Jeti Pos Maritim Teluk Gading, Kuala Rompin untuk tindakan lanjut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast