Pengarah Urusan Vince Group, Datuk Vincent Nee (dua dari kiri) berjabat tangan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Crewstone, Datuk Izmir Mujab pada majlis pemeteraian perjanjian antara dua syarikat tersebut di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Firma ekuiti swasta, Crewstone International dan penyedia perkhidmatan hartanah, Vince Group berjaya mengumpul pelaburan berjumlah RM35 juta dalam tempoh kurang dua minggu.

Kedua-dua syarikat dalam satu kenyataan secara bersama berkata, pencapaian luar biasa dana dikenali Vince Group Vision Fund L.P itu menyerlahkan selera pasaran dan keyakinan pelabur terhadap visi Vince Group untuk menubuhkan ekosistem hartanah bersepadu pertama di Malaysia.

Kata kenyataan itu, pelabur kekal optimistik tentang potensi Vince Group untuk membangunkan platform komprehensif yang menawarkan penyelesaian pelaburan dan pengurusan hartanah hujung ke hujung.

“Dengan rangkaian Crewstone, pergerakan pelaburan yang agresif dan bimbingan pakar, pasukan tersebut telah berjaya memperoleh RM35 juta daripada pelabur dalam masa kurang daripada dua minggu selepas pendaftaran dana.

“Dana ini akan memfokuskepada pemerolehan hartanah yang didorong nilai dan berkualiti tinggi untuk pengubahsuaian serta penjualan semula, memastikan penggunaan modal yang cekap dan pulangan maksimum.

“Selain itu, ia akan menyediakan perkhidmatan sebelum jualan dan pasca jualan yang terbaik dalam kelasnya, memberikan pengalaman yang lancar dan optimum untuk pembeli serta pelabur hartanah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Vince Group Vision Fund L.P. telah didaftarkan secara rasmi dalam tempoh hanya sebulan selepas perjanjian perkongsian ditandatangani kedua-dua syarikat pada 19 Mac lalu.

Pendaftaran pantas dengan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan itu menunjukkan kecekapan dan profesionalisme kerjasama, meletakkan dana tersebut untuk penggunaan dan pertumbuhan pantas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast