Source: Viory

HANOI – Presiden Perancis, Emmanuel Macron menafikan beliau bertelingkah dengan isterinya berikutan rakaman video memaparkan Brigitte menolak muka suaminya itu selepas pesawat mereka mendarat di Vietnam, menyalahkan maklumat palsu daripada rakaman tersebut.

Kerajaan Perancis berharap lawatan ke Vietnam akan mengetengahkan negara itu di Indo-Pasifik, namun ia dibayangi insiden yang berlaku di pintu pesawat Presiden yang terbuka selepas mendarat di Hanoi, semalam.

Ia merupakan kali ketiga pada bulan ini Macron menjadi subjek dalam rakaman video yang tular apabila Perancis dikatakan menjadi sasaran kempen maklumat tidak tepat secara berulang  ketika Rusia meningkatkan serangan ke atas Ukraine.

Secara palsu ia mendakwa Macron mengambil kokain dalam lawatan ke Kyiv di samping Perdana Menteri Britain, Keir Starmer dan Canselor Jerman, Friedrich Merz.

Selain itu terdapat imej lain kelihatan memberi tumpuan kepada Presiden Turki, Tayyip Erdogan berjabat tangan dengan pemimpin Perancis itu.

Di Hanoi, Brigitte dengan kedua-dua tangannya kelihatan menolak muka suaminya, seperti paparan rakaman video agensi berita, Associated Press.

Presiden Perancis itu kelihatan terkejut namun berselindung dengan pantas apabila melambai di pintu pesawat.

Bagaimanapun adalah mustahil melihat air muka atau gerak badan Brigitte apabila sebahagian besar tubuhnya terselindung dalam pesawat.

“Isteri saya dan saya sedang bertengkar, kamu bergurau, dan saya terkejut.

“Kini ia ‘menjadi sejenis malapetaka planet malah ada yang menyediakan teori’,” kata Macron kepada wartawan.

Macron dengan pantas merujuk kepada insiden lain, termasuk gambar yang diambil di atas kereta api ke Kviv di mana beberapa akaun secara palsu mendakwa beliau berkongsi kokain.

Bagaimanapun perkara itu disanggah Macron yang beralih daripada sebuah meja apabila wartawan masuk mendapati ia adalah tisu.

Manakala Erdogan pula dirakamkan ketika memegang jari Presiden itu pada satu sidang kemuncak.

“Tiada apa daripada ini benar,” kata Macron yang merujuk kepada rakaman video tersebut.

‘Setiap orang perlu tenang,” tambah beliau.

Selepas insiden di Hanoi, pasangan tersebut menuruni tangga pesawat untuk majlis sambutan ketibaan daripada para pegawai Vietnam, namun Brigitte tidak memegang lengan suaminya apabila beliau membayangkan Presiden itu membayangkan mahu melakukannya.

Pejabat Macron pada awalnya menafikan tentang kesahihan rakaman tersebut, membangkitkan kemungkinan penggunaan kecerdasabn buatan (IA) sebelum mereka mengesahkan kesahihannya dan Macron mengulas mengenai perkara tersebut.

“Dalam tiga video saya mengambil tisu, berjabat tangan dengan seseorang dan hanya berjenaka dengan isteri saya, kami kerap melakukannya. Tidak lebih dari itu,” kata Macron.

Beliau menyalahkan manipulasi ‘rangkaian yang boleh dijejaki’, khususnya menuding jari ke arah ‘Rusia’ dan ‘ekstremis Perancis’.

Macron menekankan bahawa kesemua tiga video itu adalah ‘tulen sepenuhnya’ tatapi ia membawa maksud tidak tulen.

Vietnam merupakan perhentian pertama lawatan Macron ke Asia Tenggara di mana beliau akan mengetengah Perancis sebagai alternatif kepada Amerika Syarikat (AS) dan China.

Beliau juga akan melawat Indonesia dan Singapura. – AFP

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast