KUALA LUMPUR – Datuk Seri Rafizi Ramli memang patut letak jawatan kerana sudah berjanji untuk berbuat demikian dan sepatutnya melepas jawatannya pada hari Sabtu lalu.
Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Isham Jalil berkata, beliau tidak simpati Rafizi letak jawatan, sebaliknya bekas Timbalan Presiden PKR itu perlu banyak bayar kifarah.
“Dia tahu apa yang dia buat, sebelum ini dia banyak terlibat jatuhkan orang dan berkempen negatif mencaci dan mencemuh orang. Kali ini dia dijatuhkan oleh partinya sendiri. Ini hukum karma.
“Dan dia juga tidak perform sebagai Menteri Ekonomi, dia sendiri mengaku susah jadi Menteri Ekonomi, dan saya lihat dia tidak boleh handle jawatan itu. Mungkin lebih baik untuk negara dan rakyat Malaysia jika dia tidak pegang jawatan tersebut,” katanya.
Ia kerana, hutang negara makin meningkat melebihi 65%, harga minyak semakin naik bukannya turun, dan janji banyak tidak ditunai.
Bak kata Datuk Seri Najib Razak, Rafizi tidak faham ekonomi.
Isham juga berpendapat, Rafizi letak jawatan sebab beliau tiada pilihan, bukan sebab prinsip.
“Kerana jika dia tidak letak jawatan, setiap hari dia masuk pejabat sebagai menteri dalam dua tahun akan datang, dia akan rasa malu, bermuka tembok dan dicemuh oleh orang ramai termasuk penjawat-penjawat awam di kementeriannya.
“Saya tidak rasa dia mampu hadap semua ini kerana orang yang kenal dia tahu yang dia ini seorang yang emosional.
“Saya harap selepas ini dia belajar supaya menjadi lebih positif dan kurang negatif. Jika dia belajar dari episod ini dan berubah, dia berpotensi menjadi pemimpin yang baik, sekurang-kurangnya lebih baik dari Anwar.
“Kepada Rafizi, belajarlah dari pengalaman ini, satu hari nanti kamu akan jadi Presiden PKR,” ujar Isham. – MalaysiaGazette

















Raja formula songsang, jadi menteri apa deliverables pun takde, yilekkkkk, cuma tiap2 bulan ambil gaji je?
Bila bercakap berdegar2! Sistem PADU hanya bazirkan puluhan juta wang rakyat, satu sen pun tak berguna.
Bila gagal jadi menteri, setelah diberi masa dan peluang sekian lama, tak ada apa2 deliverable untuk rakyat. Cara terbaik untuk menutup kemaluan adalah resign, kononnya berperinsip?
Kesian tengok raja formula songsang ni, lain kali tak usahlah berjanji macam2, bulan bintang!