Logo Polis Diraja Malaysia

KUALA LUMPUR – Kematian seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan di sebuah pusat jagaan di Taman Danau Kota, kelmarin, disahkan berpunca tersedak susu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Syahrul Anuar Abdul Wahab berkata, kematian itu disahkan selepas bedah siasat dilakukan di Hospital Kuala Lumpur, semalam.

“Bedah siasat telah selesai dan punca kematian disahkan sesak nafas akibat kekurangan oksigen disebabkan oleh makanan atau susu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 oleh D11 (Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur,” katanya.

Syahrul Anuar Abdul Wahab sebelum ini memaklumkan, kejadian dipercayai berlaku antara 9 pagi hingga 11 pagi dan polis menerima laporan berhubung kejadian daripada bapa mangsa di Balai Polis Setapak pada 1.26 tengah hari, pada hari sama. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast