Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz

KUALA LUMPUR – Semoga Allah merahmati perjuangan dan niat baik Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yang mengesahkan mahu menyertai PKR.

Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pandan, Syed Rosli Jamalullail mengucapkan terima kasih kepada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu terutama sumbangannya kepada UMNO Selangor.

“Saya selaku pemimpin akar umbi UMNO Selangor ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih atas segala jasa bakti yang telah disumbangkan Tengku Zafrul sepanjang penglibatan beliau dalam UMNO khususnya di Selangor,” katanya dalam kenyataan.

Syed Rosli Jamalullail

Syed Rosli berkata, sejak mula menceburi arena politik sebagai Bendahari BN Selangor, Tengku Zafrul telah memainkan peranan penting dalam memperkukuh struktur parti dan menyumbang secara aktif kepada gerak kerja peringkat negeri.

“Kami peringkat akar umbi tidak akan pernah melupakan jasa-jasa beliau dan mendoakan agar beliau terus maju jaya dalam apa jua lapangan yang diceburi selepas ini,” ujarnya.

Tengku Zafrul hari ini mengumumkan peletakan semua jawatan beliau di dalam UMNO dan melepaskan jawatan sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Ketua UMNO Bahagian Kota Raja serta keahlian dalam parti itu.

Bagaimanapun UMNO belum menerima secara rasmi surat peletakan jawatan Tengku Zafrul dan Setiausaha Agung UMNO, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, parti itu memandang serius niat perletakan jawatan beliau kerana ingin menyertai PKR. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Tengku Zafrul letak jawatan dalam UMNO, umum sertai PKR

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast