KPT
Keputusan permohonan melanjutkan pelajaran ke UA dan institusi pengajian MARA diketahui 16 Jun ini

KUALA LUMPUR -Keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan Mara Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT) peringkat Sijil, Asasi dan Diploma Sesi Akademik 2025/2026 bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diumumkan Isnin, 16 Jun 2025.

Kementerian Pengajian Tinggi dalam kenyataan berkata, keputusan boleh disemak mulai jam 12 tengahari pada hari tersebut sehingga 25 Jun, jam 5 petang melalui platform berikut:

a)Secara atas talian

https://jpt.utm.my
https://jpt.uum.edu.my
https://jpt.unimas.my
https://jpt.ums.edu.my
https://jpt.umt.edu.my

b)  Melalui Aplikasi Mobile UPUPocket di telefon.

Menurut KPT, pengesahan setuju terima tawaran bermula pada 17 Jun 2025 hingga 25 Jun 2025 di laman web Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (Mara BPT).

Manakala surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh IPTA dan Mara BPT kepada yang berjaya mulai 17 Jun 2025 setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan.

“Hanya pemohon yang tidak berjaya atau mendapat tawaran pengajian peringkat sijil sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline® bagi kemasukan ke UA dan Politeknik di https://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 10 hari mulai 16 Jun 2025, jam 12.00 tengah hari sehingga 25 Jun 2025, jam 5.00 petang.

“Rayuan ke Kolej Komuniti dan MARA BPT boleh dimajukan terus ke institusi berkenaan tanpa melalui UPUOnline®,” katanya.

Menurut KPT, tawaran tempat bagi Sesi Akademik 2025/2026 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian IPTA/Mara BPT tidak dibenarkan.

Dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan.

Sebarang pertanyaan berkenaan dengan permohonan UPUOnline® boleh dimajukan ke Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA secara terus di alamat berikut:-

BAHAGIAN KEMASUKAN PELAJAR IPTA JABATAN PENDIDIKAN TINGGI
Aras 4, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62000 Putrajaya
No. Tel: 03-8684 2363
E-mel: [email protected] Facebook: KEMASUKAN BPKP JPT
Instagram: @KEMASUKANBPKA TikTok: BKPAUPU

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast