KUALA LUMPUR – Beregu lelaki nombor satu dunia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani terus gagal mencipta sengsasi apabila tersingkir di peringkat suku akhir Terbuka Singapura 2025, hari ini.
Kekalahan itu seolah-olah badi buat Sze Fei-Izzuddin yang terkandas di peringkat lapan terbaik buat kali kedua berturut-turut selepas mengalami nasib sama di Masters Malaysia, minggu lalu.
Kali ini di Stadium Tertutup Singapura, pasangan profesional negara itu gagal mengekang asakan gandingan India yang menghuni ranking ke-17 dunia, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty sebelum akur tewas 17-21, 15-21 dalam tempoh 39 minit.
Selasa lalu, mereka diumumkan sebagai pasangan nombor satu dunia menerusi kemas kini ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Selasa lalu yang merupakan pencapaian tertinggi dalam karier mereka setakat ini.
Juara Terbuka India itu kini mengalihkan fokus mereka bagi menghadapi Terbuka Indonesia yang akan bermula Selasa ini, dengan gandingan Taiwan, Lee Fang Chih-Lee Fang Jen bakal menjadi halangan pertama mereka dalam kempen berkenaan.
Jun Hao, pemain ranking ke-25 dunia, gagal menandingi keampuhan permainan Vitidsarn dan terpaksa akur dengan kekalahan 13-21, 11-21 di mana gagal melepasi pencapaian suku akhir yang diraihnya dalam edisi Super 750 tahun lalu. – MalaysiaGazette















