Neow Choo Seong

KUALA LUMPUR – DAP didakwa telah membuka topeng dan menunjukkan wajah sebenar parti itu apabila Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Syahredzan Johan membuat kenyataan angkuh menyuruh MCA keluar daripada Kerajaan Perpaduan.

Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong yang menyifatkan DAP ‘si musang berbulu ayam’ sebagai penghasut serta pemecah-belah, semata-mata mahu menguatkan diri sendiri sehingga semakin rakus setelah berkuasa dan pentingkan diri sendiri.

“Kenapa DAP terkesan sangat emosinya apabila MCA mengangkat suara rakyat, memperjuangkan isu negara dan menyatakan kebenaran?,” soalnya.

Sambil memberi contoh, Choo Seong berkata, contohnya isu penjualan saham Malaysia Airports Holdings Berhad oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang terbukti benar apabila tabung persaraan itu rugi antara RM500 juta – RM700 juta kerana menjual saham dengan harga RM6, kemudian beli balik dengan harga RM11 sesaham.

Begitu juga dengan isu MyKiosk yang berharga RM25,000 seunit, sedangkan di pasaran hanya dijual serendah RM12,500 hingga RM16,000.

Bahkan dakwaan MCA kiosk itu masih banyak kosong dan terbiar itu juga benar, katanya.

Terbaharu isu tong gas LPG apabila peralihan kepada penggunaan LPG komersial yang berharga sekitar RM65 hingga RM70 bagi silinder 14 kilogram (kg) berbanding RM26.60 hingga RM30 untuk gas subsidi.

Choo Seong berkata, kenaikan ini menyebabkan peniaga tiada pilihan menaikkan harga jualan kerana kos operasi mereka meningkat dan kesannya sudah tentulah rakyat selaku pengguna. Ini juga satu realiti dan kebenaran.

Oleh itu, soalnya, salahkah MCA membela nasib rakyat.

“Kalau DAP tak mampu nak membantu rakyat, selesaikan masalah, maka pergilah balik rumah goyang kaki dan tidur.

“Rakyat ada MCA dan BN. Kami sentiasa mendahulukan rakyat,” tegasnya.

Secara sinis beliau berkata, tepat sekali apa yang pernah diperkatakan oleh Timbalan Premier Sarawak, Dr Sim Kui Hian beberapa hari lepas, bahawa kestabilan politik berpanjangan di Sarawak disebabkan DAP tidak pernah menjadi sebahagian kerajaan negeri dan DAP memecah-belahkan. – MalaysiaGazette

Ada baiknya MCA `nyah’ sahaja daripada Kerajaan Perpaduan – Syahredzan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. kenyatasn angkuh apa ke bendanya. terimalah hakikat orang cina da tak mau mca. elok bubarlllah aje parti mca ni asuk dap.

Comments are closed.