Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, PERKESO telah menyiasat kira-kira 1,200 kes disyaki penipuan faedah dalam tempoh lima tahun, melibatkan pelbagai skim perlindungan. Hasil siasatan, 500 kes digantung selepas didapati menipu, menjimatkan lebih RM61 juta dana keselamatan sosial.















