Pertukaran dokumen MoC di antara UiTM dengan University of Nottingham

KUALA LUMPUR – Kerjasama dalam bidang penyelidikan di antara  University of Nottingham (UoN) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) diperkukuh menerusi pembaharuan Memorandum Kolaborasi (MoC) buat kali ketiga.

Pertukaran MoC yang berlangsung 30 Mei lalu menandakan pencapaian penting dalam mengeratkan hubungan antara United Kingdom dan Malaysia dalam bidang pendidikan tinggi.

UiTM adalah kenyataan hari ini berkata, MoC tersebut adalah penzahiran komitmen kedua-dua institusi untuk meneruskan kerjasama terutamanya dalam perkongsian ilmu, data dan hasil penyelidikan susulan projek tajaan geran: The Newton-Ungku Omar (UOF) UK-Malaysia Joint Partnership on Non- Communicable Diseases, dengan tajuk projek: Mengurangkan Penyakit Arteri Koronari Pramatang di Malaysia melalui Pengenalpastian Awal Hiperkolesterolemia Keluarga.

Sementara itu, Prof. Madya Datin Dr. Norazida menekankan impak positif MoC tersebut dalam pendidikan tinggi.

“MoC kali ketiga bersama UoN ini memperkukuh lagi kerjasama antara kedua-dua institusi termasuklah pertukaran pendidikan, pembangunan profesional dan kerjasama penyelidikan. Inisiatif ini juga akan memperkayakan persekitaran akademik kita dan memberdayakan pelajar serta pensyarah untuk berinteraksi dengan pelbagai perspektif dan budaya,” katanya.

Tambahnya, UiTM yang terkenal dengan pendekatan inovatif dalam pendidikan dan penyelidikan, melihat perkongsian ini sebagai pintu kepada peluasan pengaruh antarabangsa dan menawarkan pelajar akses kepada lebih banyak peluang akademik dan penyelidikan.

Majlis pertukaran MoC itu dihadiri oleh wakil utama dari kedua-dua UoN dan UiTM serta ditandatangani oleh Profesor Nigel Mongan, Penolong Pro Naib Canselor UoN, yang diwakili oleh Profesor Dr. Nadeem Qureshi, Profesor Perubatan Primer UoN, dan Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr. Shahrin bin Sahib@Sahibuddin yang diwakili oleh Penolong Naib Canselor () of UiTM, Prof. Madya Datin Dr. Norazida Mohamed. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast