Kerajaan Johor meluluskan 220 PSS di seluruh negeri bagi melaksanakan ibadah korban pada tahun ini.

JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri Johor melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar meluluskan 220 pusat sembelihan sementara (PSS) di seluruh negeri bagi melaksanakan ibadah korban pada tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor, Datuk Zahari Sarip berkata, semua pihak yang mendapat kebenaran menjalankan penyembelihan perlu mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

“Jabatan berkenaan juga akan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan kelancaran pelaksanaan ibadah korban di negeri ini,” katanya dalam Facebook miliknya hari ini.

Berdasarkan rekod, terdapat 21 pusat sembelihan berdaftar di Johor.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast