Menara Ilham. foto AFIQ RAZALI, 22 MEI 2018.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapat kebenaran daripada Timbalan Pendakwa Raya untuk menyita bangunan Menara Ilham yang terletak di No.8 Jalan Binjai, Kuala Lumpur.

SPRM dalam kenyataannya hari ini berkata, sitaan itu berdasarkan Notis Penyitaan Harta Tak Alih mengikut Seksyen 51(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasul Daripada Aktiviti Harian 2001 (AMLATFPUAA 2001) bertarikh 4 Jun 2025.

Katanya, menerusi notis tersebut, kebenaran sitaan dibuat berdasarkan kuasa yang diberikan kepada Pendakwa Raya mengikut Seksyen 376(3) Kanun Tatacara Jenayah (Akta 583) di mana Timbalan Pendakwa Raya berpuas hati dengan maklumat diberikan oleh pegawai SPRM bahawa ia berkait dengan sesuatu kesalahan di bawah subseksyen 4(1) AMLATFPUAA 2001.

“Sehubungan itu, adalah diperintahkan bangunan Menara Ilham disita oleh Pegawai Penyiasat SPRM dan segala urusan berhubung pindah milik harta tidak alih berkenaan kini adalah dilarang dan kegagalan untuk mematuhi notis ini merupakan kesalahan di bawah AMLATFPUAA 2001,” katanya.

Menara Ilham yang berketinggian 274 meter dikatakan milik keluarga bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

Bagunan setinggi 60 tingkat itu merangkumi hotel empat bintang, pejabat rasmi, galeri, medan selera serta kedai cenderamata, manakala sebanyak 33 tingkat aras untuk kegunaan pejabat dan selebihnya adalah apartmen.

Ia siap dibina pada 2015 juga dikenali sebagai Menara IB, singkatan kepada Ilham Baru. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Beku aset: “Saya tidak tunduk pada pembuli’ – Na’imah

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast