Kereta mangsa yang remuk selepas bertembung dengan treler membawa muatan kayu di Kilometer 30, Jalan Lipis-Merapoh, Kampung Seberang Jelai, Padang Tengku, Lipis, pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu kereta maut selepas kenderaannya bertembung dengan treler yang membawa muatan kayu di Kilometer 30, Jalan Lipis-Merapoh, Kampung Seberang Jelai, Padang Tengku, Lipis.

Ketua Polis Daerah Lipis, Supritendan Ismail Man berkata, nahas yang berlaku kira-kira jam 3 pagi tadi turut melibatkan dua kenderaan lain.

Menurutnya, semasa kejadian pemandu treler berusia 41 tahun itu dalam perjalanan dari Kelantan menuju ke Selangor.

Semasa tiba di lokasi nahas, sebuah kereta bertembung dengan treler di hadapan laluan bertentangan.

Sebuah kereta lain yang bergesel dengan treler dalam kejadian di Kilometer 30, Jalan Lipis-Merapoh, Kampung Seberang Jelai, Padang Tengku, Lipis.

Akibat kejadian itu, treler tersebut bergesel dengan dua kereta yang lain.

“Kemalangan itu mengakibatkan pemandu kereta Mohd Hafiz Mohd Ghazali, 34 tahun meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan i sini.

Kes masih dalam siasatan di Bawah Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Susulan kejadian ini, Ismail meminta mana-mana individu yang melihat kejadian ini membantu siasatan.

Polis juga menasihatkan semua pengguna jalan raya sentiasa memandu secara berhati-hati dan berhemah serta memastikan kenderaan diselenggara dengan baik dan selamat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast