Penyanyi popular era 1990-an, Sheqal.

KUALA LUMPUR – Penyanyi popular era 1990-an, Sheqal ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan sejak Khamis lalu selepas diserang angin ahmar buat kali keempat.

Ia berikutan tahap oksigen penyanyi lagu Cinta Nusantara yang turut menghidap penyakit tiga serangkai menurun serta jangkitan kuman pada paru-paru memerlukannya ditidurkan.

Khabar keadaan Sheqal atau nama sebenarnya Shahrin Salehuddin dikongsikan Presiden Konsortium Industri Muzik Malaysia atau IRAMA, Ayob Abd Majid menerusi Facebook miliknya di sini.

“Beliau sedang dirawat di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Mohon semua rakan dan kenalan mendoakan agar Sheqal segera pulih dan kembali sihat. Doa anda semua sangat bermakna pada saat-saat begini,” katanya.

Terdahulu, penyanyi berusia 60 tahun perlu menggunakan kerusi roda akibat empat kali diserang angin ahmar sejak 2020 dan terakhir sekitar tiga tahun lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast