Nur Alaesyah Dania Mohd Faizal

KUALA LUMPUR – Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang oleh keluarganya pada 11 Jun lalu.

Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, mangsa, Nur Alaesyah Dania Mohd Faizal, 15, tidak pulang ke rumah selepas keluar dari kediamannya di No. 18A, Jalan Teratai, Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang pada 1 Jun 2025.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai keberadaan remaja terbabit diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Hazri Raziff Othman di talian 03-3376 2222.

Sila hubungi talian berikut sekiranya anda mempunyai sebarang maklumat atau mengetahui di mana penama berada,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast