Kementerian Luar Negeri di Putrajaya.

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia di Iran yang terjejas akibat serangan Israel.

Bagaimanapun, kementerian itu akan memantau keadaan dengan teliti dan akan terus mengambil langkah perlu untuk memastikan kesejahteraan rakyat Malaysia.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Iran di talian +9821 88072444 atau +9821 88078606 dan Kementerian Luar Negeri Malaysia di +603 80008000 atau +603 88874570 (selepas waktu pejabat).

Dalam kenyataan berasingan, Malaysia telah mengutuk sekeras-kerasnya serangan itu, menyifatkan ia sebagai pelanggaran terang-terangan undang-undang antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Rejim Israel memulakan serangan ketenteraan di dalam dan sekitar ibu kota Iran, Tehran, serta beberapa bandar lain di Iran pada malam Jumaat.

Imej yang tersebar menunjukkan bangunan kediaman yang rosak di beberapa lokasi di ibu negara. Saksi dan wartawan TV negara itu berkata, mereka melihat mayat wanita dan kanak-kanak antara yang menjadi mangsa serangan tersebut. – MalaysiaGazette

Serangan Israel ke atas Iran jelas langgar undang-undang antarabangsa

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast