Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu

KUANTAN – Polis sudah merakam keterangan 10 individu bagi membantu siasatan kejadian seorang peniaga mendakwa dicederakan individu yang dikatakan kerabat diraja Pahang, bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, sehinggan hari ini, seramai tiga individu telah ditahan bagi membantu siasatan kes terbabit.

“Kes akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya selepas selesai siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, beliau mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian yang berlaku pada 8 Mei itu yang mana laporan tersebut ditularkan di media sosial sejak semalam.

Wan Mohd Zahari memaklumkan bahawa siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast