This picture shows a building damaged in an Israeli strike on Tehran on June 13, 2025.. Photo AFP

TEHRAN – Seramai 224 orang awam terbunuh sejak Israel melakukan serangan terhadap Iran, kata Kementerian Kesihatan negara itu.

Katanya, kebanyakan yang menjadi mangsa daripada serangan tersebut adalah kaum wanita dan kanak-kanak.

Tambahnya, dalam serangan ssejak Jumaat lalu rejim Zionis lebih menjurus menyasarkan kawasan kediaman.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmail Baghadei menuduh Israel melancarkan kempen maklumat palsu yang menggambarkan serangan dilakukan sebagai tepat dan terhad kepada sasaran tentera.

“Hakikatnyua ia sangat berbeza,” katanya sambil menyatakan dalam tempoh tiga hari serangan, lebih 70 wanita dan kanak-kanak dibunuh.

Beliau berkata, di kejiranan Chamran, utara Tehran seramai 10 mayat kanak-kanak tertimbus dalam runtuhan bangunan kediaman dan 20 lagi terperangkaps semasa serangan udara dilakukan Israel.

“Penceroboh betul mengenai satu perkara, serangannya adalah tepat, iaitu tepat menyasarkan kepada wanita dan kanak-kanak,” ujarnya sambil menambah pengeboman dilakukan rejim Ziopnis secara berterusan merupakan amalan buruk rejim itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast