Gambar hiasan

KOTA TINGGI – Seorang jurulatih bola sepak persendirian yang mencabul dua remaja perempuan akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini esok.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, tertuduh iaitu lelaki tempatan berusia 33 tahun sebelum ini ditahan reman selama enam hari sejak Khamis lalu.

Jelas beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan juga sebatan jika sabit kesalahan.

Portal ini Ahad lalu melaporkan suspek ditahan pada 11 Jun lalu kira-kira pukul 7.30 petang selepas polis menerima dua laporan berkaitan kejadian pada 10 dan 11 Jun lalu.

“Suspek disyaki mencabul dua mangsa terbabit di empat lokasi berbeza sekitar kawasan Bayu Damai.

“Hasil ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah, namun semakan lanjut mendapati dia mempunyai satu rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast