ISKANDAR PUTERI – Tular satu rakaman video kamera papan pemuka memaparkan seorang warga emas menunggang sebuah motosikal melawan arus di Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LinKedua) di sini.
Kejadian membabitkan lelaki berusia 80 tahun itu berlaku pagi tadi dan juga dilihat menunggang tidak memakai topi keledar.
Menerusi ruangan komen dalam media sosial terbabit, pihak polis berjaya menemukan warga emas tersebut dan anaknya juga telah membuat laporan polis.
Selain itu, turut disertakan laporan polis dibuat anak warga emas terbabit yang dipercayai tinggal di Bukit Aping Barat, Kota Tinggi dan menghidap menghidap penyakit Alzeimer.
“Semoga diberi kesihatan yang baik buatnya. Kesian, mesti pakcik tu penat jauh perjalanannya dari Kota Tinggi.
“Diharapkan selepas ini penjagaan rapi dapat diberikan kepada pakcik tersebut,” tulis pengguna media sosial.
Sementara itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri ketika dihubungi mengesahkan warga emas terbabit selamat dan kenyataan rasmi akan dikeluarkan.- MalaysiaGazette
















