Chert Fong (dua dari kiri) menyampaikan 4,600 kilogram makanan kucing bernilai RM50,000 wakil Shikin’s Team Animal Rescuer di Cat Supermarket, cawangan Paya Rumput, Melaka hari ini.

MELAKA – Pasar raya terkenal, Cat Supermarket Sdn Bhd terus membuktikan komitmen mereka bukan sekadar pusat untuk pencinta kucing, malah memperjuangkan kebajikan haiwan peliharaan ramai itu.

Pengasasnya, Datuk Chew Chert Fong berkata, ini program tanggungjawab sosial korporat syarikat (CSR) dengan kerjasama Mars Petcare hari ini telah menyumbangkan 4,600 kilogram makanan kucing Whiskas bernilai RM50,000.

“Sumbangan makanan bernilai RM50,000 ini diberikan kepada Shikin’s Team Animal Rescuer (STAR) iaitu sebuah pasukan penyelamat yang akan mengagihkannya kepada pusat perlindungan dan penyelamat haiwan lain di seluruh Melaka.

“Setiap haiwan ini sama ada yang dipelihara atau kucing jalanan terbiar, ia berhak untuk hidup dengan kasih sayang dan mendapatkan makanan yang berkhasiat,” katanya.

Beliau yang ditemani isteri, Datin Felicia Cheng Yee Ling berkata demikian pada majlis penyerahan makanan itu yang turut disertai wakil dari Mars Petcare di Cat Supermarket cawangan Paya Rumput, di sini, hari ini.

Sementara itu, wakil pertubuhan STAR berkata, sumbangan berkenaan memberi makna yang besar kepada ratusan kucing yang sentiasa dahagakan perhatian daripada masyarakat.

“Komitmen terhadap kebajikan haiwan menjadikan pasar raya ini bukan sahaja tempat untuk pencinta kucing berbelanja sebaliknya juga di mana kasih sayang dipraktikkan sepanjang masa,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast