Menelan belanja lebih RM12 juta, filem Keluang Man hanya mampu mencatat kutipan panggung RM2.3 juta selepas 18 tari tayangan.

KUALA LUMPUR – Filem adiwira tempatan, Keluang Man hanya berjaya mengutip sebanyak RM2.3 juta selepas 18 hari ditayangkan sekali gus gagal menambat hati para peminat sinema tempatan.

Menurut kenyataan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) hari ini, Keluang Man hanya mampu menarik seramai 141,000 penonton setakat ini.

Filem Keluang Man yang menelan kos RM13 juta menampilkan Nas T sebagai Keluang Man atau Borhan; Datuk Remy Ishak (Shamsir); Anwaar Beg Moghal (Inspektor Sahab); Datuk Rosyam Nor (Ahmad) dan Shweta Sekhon (Doktor Malini).

Filem ini yang menjengah 154 pawagam di seluruh negara mengisahkan Borhan iaitu pesakit di Hospital Tumpoi yang sering melarikan diri setiap malam.

Dalam usahanya melawan trauma silam dan penyakit Dissciative Schizophrenia, dia tanpa sengaja mencipta alter ego, iaitu Keluang Man.

Dengan identiti baharu itu, Borhan menjadi simbol keadilan yang bersifat tempatan iaitu kelakar, spontan dan penuh semangat rakyat.

Dalam Ejen Ali The Movie 2 menjadi filem animasi tempatan yang masih ditayangkan dan  terus mengungguli carta kutipan dan kini memegang gelaran filem animasi dengan kutipan tertinggi di Malaysia sebanyak RM55.1 juta.

Sementara itu, filem Gantung: Musketeer Code ditamatkan tayangan lebih awal beberapa pawagam dan hanya sekadar mengutip RM117,000 selepas 11 hari tayangan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast