KUALA LUMUR – Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) sangat memandang serius terhadap isu sindiket ‘Phantom travel’ di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang dilaporkan baru-baru ini,
Menerusi laporan yang dikeluarkan, AKPS telah menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan penglibatan pegawai bersekongkol dengan sindiket apabila tidak merekod pergerakan pelawat yang masuk di pintu masuk negara mengikut prosedur operasi standard (SOP) dengan mengenakan kadar bayaran tertentu bagi mengelak daripaa dikesan oleh pihak majikan pelawat berkenaan.
Agensi ini sentiasa bekerjasama rapat dengan Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen Malaysia dalam membuat penambahbaikan pemeriksaan pelawat di pintu-pintu masuk negara terutama di KLIA.
Dengan adanya penggunaan autogate sepenuhnya bagi pelepasan keluar, pembangunan NIISe dan penggunaan teknologi AI, AKPS percaya isu counter setting, flying passport dan phantom travel yang melibatkan pegawai dapat dikurangkan dan dihapuskan.
AKPS tidak akan berkompromi dan melindungi mana-mana pegawai yang melakukan pelanggaran integriti yang mencemarkan nama baik dan imej jabatan.
Tindakan dan hukuman akan diambil berlandaskan peruntukan undang-undang sedia ada termasuk tindakan buang kerja jika pegawai yang melakukan kesalahan terbukti bersalah.
Dalam pada itu, AKPS juga mengalu-alukan orang awam untuk melaporkan salah laku integriti Pegawai AKPS melalui e-mel [email protected] atau hadir sendiri ke Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia, Unit Integriti, Aras 5, Setia Perkasa 7, Kompleks Setia Perkasa, Putrajaya. – MalaysiaGazette















