S.R. Aingaran didakwa atas pertuduhan dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap anggota polis di Mahkamah Majistret Pulau Pinang hari ini.

GEORGE TOWN – Seorang kelindan lori yang ditahan bersama rakannya kerana menumbuk dan mengigit dada seorang anggota polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Tertuduh, S.R. Aingaran, 20, mengaku bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap anggota polis, Ahmad Jabarul Yahya Arif, 31, pada jam 9.40 malam di pondok pengawal IPK Pulau Pinang.

Pendakwaan terhadap tertuduh dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, Majistret Nurul Suhaila Baharin menolak pengakuan bersalah tertuduh kerana dia gagal mengenal pasti semua gambar yang dikemukakan pihak pendakwaan.

Ketika prosiding Timbalan Pendakwa Raya, Lau Shavin menawarkan jaminan berjumlah RM5,000 terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, S. Bommy, merayu agar jaminan direndahkan dengan alasan anak guamnya hanya berpendapatan RM1,800 sebulan sebagai kelindn lori selain masih muda.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan agar tidak menganggu mangsa.

Kes akan disebut semula pada 21 Julai depan untuk serahan dokumen serta lantikan peguam.

ARTIKEL BERKAITAN

Dua lelaki direman, tumbuk polis di IPK P.Pinang ketika mabuk

Media pada Isnin lalu melaporkan dua lelaki berusia 19 dan 20 tahun direman selepas bertindak agresif terhadap anggota polis yang bertugas di pos pengawal IPK, ketika pemeriksaan dijalankan terhadap mereka.

Suspek yang dipercayai berada dalam keadaan mabuk dikatakan menumbuk pipi dan menggigit dada anggota polis berkenaan menyebabkan mangsa mengalami kecederaan bengkak pada mata kiri dan lebam di dada.

Kedua-dua suspek turut mengeluarkan kata kesat terhadap anggota polis tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast