Kedua-dua suspek direman sehingga 25 Jun ini bagi membantu siasatan.

GEORGE TOWN – Dua lelaki tempatan direman selama tiga hari bagi membantu siasatan berhubung insiden menyerang seorang anggota polis di pos pengawal Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang malam tadi.

Perintah reman terhadap suspek berusia 19 dan 20 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Shyahirah Abdul Salim di sini, bermula hari ini sehingga 25 Jun.

Perintah reman itu dikeluarkan bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

MalaysiaGazette difahamkan, kejadian berlaku sekitar jam 9.40 malam ketika kedua-dua suspek dilihat dalam keadaan mencurigakan di hadapan pekarangan IPK.

Susulan itu, anggota polis yang bertugas telah menahan mereka untuk pemeriksaan lanjut di pos pengawal sebelum mendapati kedua-dua lelaki terbabit berada di bawah pengaruh alkohol.

Bagaimanapun, ketika proses pemeriksaan, mereka dipercayai bertindak agresif sebelum suspek mengigit dada serta menumbuk anggota polis sehingga menyebabkan kecederaan pada wajah mangsa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast