Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) pada Peluncuran Projek Pembangunan Kota Madani diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa di Putrajaya. Foto MALAYSIAGAZETTE, 26 JUN 2025.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pembangunan Kota MADANI di Presint 19 di sini dijadikan contoh teladan bagi pelaksanaan pembangunan bandar di seluruh negara.

Beliau berkata, pembangunan itu tidak seharusnya ditentukan sepenuhnya oleh pemaju semata-mata, sebaliknya perlu dirancang menerusi pendekatan menyeluruh yang menekankan aspek kesejahteraan rakyat.

Menurut beliau, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan juga perlu berhenti bergantung sepenuhnya kepada cadangan pemaju, sebaliknya memainkan peranan utama dalam merancang pembangunan bandar yang menitikberatkan elemen budaya, nilai kemanusiaan dan kualiti hidup.

“Jangan hanya tunduk kepada pemaju. Kitalah yang sepatutnya merancang, manakala pemaju hanya berperanan memberi pandangan untuk penambahbaikan.

“Jangan biarkan sesuatu projek ditentukan sepenuhnya oleh syarikat pemaju, kerana lazimnya mereka hanya memberi saranan berdasarkan kepentingan keuntungan semata-mata,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian projek pembangunan Kota MADANI di Presint 19, di sini hari ini. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast